Thursday 17 March 2011

::CERDIK TAPI MATI RASA::


Aku sangat teruja hari ini…Tak tahulah kenapa. Mungkin ada sesuatu yang akan menggembirakan aku berlaku hari ini. Seperti hari Khamis yang sebelumnya, aku ke asrama untuk menjalankan tugasku sebagai seorang warden di bumi Sukses ini. Usai perhimpunan pagi di asrama aku bergegas ke sekolah kerana hari ini aku akan membuat beberapa pengumuman berkaitan biasiswa yayasan telekom……

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi…tapi perhimpunan seakan belum menunjukkkan tanda-tanda berhenti…Aku mulai risau kerana pagi ini aku ada kelas dengan pelajar tingkatan 5. Kalau perhimpunan habis lambat, maknanya kelas aku pun akan terkena kesannya. Kebetulan, ramai pula guru yang ingin berucap pagi ini. Mikrofon bertukar tangan…………………. Dengan kadar segera aku membaca sedikit maklumat berkaitan biasiswa di khalayak pelajar. Hanya yang penting sahaja aku bacakan kerana aku nak perhimpunan ini ditamatkan segera……..

7.45 pagi…………
Perhimpunan tamat. Aku segera memanggil pelajar-pelajar yang berminat untuk memohon biasiswa tinggal sebentar selepas perhimpunan….Seperti biasalah, pergerakan pelajar di Sukses ini memang selalunya lambat……….Aku suruh mereka berkumpul dekat dengan astaka supaya taklimatku dapat didengar dengan jelas. Tapi ada lagi yang seolah buat endah tak endah dengan arahan aku…… “Eee……geramnye….cepatlah sikit. Aku ade kelas dengan form 5 ni….budak-budak ni….orang nak tolong dia, tapi buat selamba je…..” aku mengomel dalam hati. Mereka lebih suka guru menunggu mereka bukan mereka yang menunggu guru…..

7.55 pagi……….
Aku terus ke makmal…..bersedia untuk menjalankan P&P aku hari ini. Walaupun aku lewat, tapi aku yakin, subtopik terakhir tajuk wave ini akan kuterangkan dan habiskan hari ini. Topiknya pendek sahaja…….tak pe…masih sempat lagi…..Lagipun topic ini akan diuji dalam PK 1 nanti.

8.05 pagi…………
Aku masih lagi menunggu di makmal. “hai, mane pelajar-pelajar ni?Tak sampai-sampai lagi. Hampir 10 minit aku tunggu ni.” Hatiku dah mula panas….. “Sabar….sabar….jap lagi kot”. Aku jadi panas punggung duduk menunggu di makmal…. “tak boleh jadi ni, aku mesti cari diorang di kelas. Aku kene ajar mereka hari ini juga, kalau tak nanti macam mana mereka nak jawab periksa” getus hatiku…….

Melewati makmal yayasan, aku nampak kelibat beberapa orang pelajar puteri bergerak di hadapan kelas 4PALK…..dalam hatiku kata sabar…jangan marah dulu…..tanya dulu kenapa mereka lewat. Aku tahan mereka di depan makmal komputer itu……. “Kenapa lewat?” Soalanku mudah saja….Tapi tiada seorang pelajar pun yang menjawab pertanyaanku…Semua tunduk. Kulihat beberapa orang pelajar lelaki pula menyusul di belakang pelajar puteri tadi….Aduh….Pedihnya hatiku melihat cara mereka berjalan….Macam tak tahu mereka dah lewat………

“Saya cuba habiskan awal pertemuan saya dengan pelajar yang nak mohon biasiswa tadi sebab saya tahu saya ada kelas dengan awak….Tapi ini yang awak bagi pada saya…..LEWAT…...” Air mataku dah mula bergenang. Mungkin kerana terlalu marah bercampur sedih…. “Cikgu, salah saya cikgu, sebab saya tak suruh diorang pergi makmal.” Kata salah seorang pelajar lelaki….. “Saya cari cikgu tadi, tapi cikgu takde” sambung seorang lagi……aku geram……………..

“Ini bukan soal siapa salah, siapa tidak….ini soal tanggungjawab. Mana pergi rasa tanggungjawab awak sebagai seorang pelajar. Tanggungjawab pelajar ialah menghormati masa gurunya……..Salah ke awak tunggu saya sekejap di makmal?Kan awak tahu, kalau saya tidak ke kelas, maknanya saya ada di makmal…., sedih la saya tengok perangai awak macam ni………….” “Dah la….awak amik la kertas awak ni…..saya dah tak boleh tengok muka awak…..” Sambil mencampakkan kertas mereka di lantai……aku terus berlalu ke bilik guru…..
Sepanjang ke bilik guru aku menangis, hatiku sedih….kenapa mereka sanggup buat aku macam ni…?apa salah aku…?adakah aku gagal mendidik mereka…..mereka adalah anak-nak muridku yang ku ajar dari tingktan empat…guru kelas pula pada masa tu….kenapa aku tidak berjaya mendidik mereka?Aku lemah Ya Allah……………bantulah hambaMu ini…….
 
Anak-anakku sayang, bukan untuk mengungkit, tapi sekadar berkongsi rasa……….. 

Cikgu sebenarnya memang teruja untuk berjumpa dengan kamu kerana sepanjang sekolah dibuka boleh dikira berapa kali cikgu bertemu dengan kamu. Ini semua kerana tugas dan amanah yang menuntut cikgu melaksanakan tugas di luar. Minggu pertama persekolahan, tiga hari cikgu tiada di sekolah…..sebenarnya, hati cikgu ini meronta-ronta untuk bertemu dan mengajar kamu semua…cikgu cemburu tengok kawan-kawan cikgu yang lain sudah bertemu dengan anak-anak murid mereka…. Tapi apakan daya….cikgu punya tanggungjawab lain yang penting juga………..

Kamu semua ibarat anak tunggal cikgu….kerana kelas kamu satu-satunya yang kekal cikgu pegang hingga tingkatan 5. Kamulah racun dan kamu jualah penawar untuk cikgu……jika kamu menjadi ibu bapa, tahukah kamu betapa pedihnya apabila anak yang diharap-harapkan mengecewakan kamu….nampak macam terlalu sensitive tapi itulah hakikatnya sebagai manusia yang lemah….kita akan cepat terasa dengan orang yang kita sayang……tambahan pula kalau orang yang kita sayang itu menguriskan perasaan kita…..begitulah perasaan cikgu pada masa itu……cikgu rasa macam cikgu gagal mendidik kamu selama ini……cikgu cuba nak buat yang terbaik untuk kamu….tapi cikgu tak kan ada kekuatan nak buat semua itu kalau kamu buat sambil lewa sahaja. Teringat memori bersama cikgu mariam tahun lepas, dia ada pesan kepada anak muridnya, jangan mati rasa, jiwa santai. Hari ini, cikgu nak pesan pada kamu pula…jangan jadi seorang yang mati rasa dan jiwa santai…..Hargai lah pergorbanan orang-orang penting dalam hidup kamu. Walaupun hadirnya mungkin sekejap, tapi ingatlah dia telah membuat satu pengorbanan yang menyebabkan anda bergelar insan di dunia ini. 

Anak-anakku sayang,
 
Cikgu mohon maaf jika coretan cikgu ini menggangu emosi kamu…..tapi satu yang cikgu harapkan…jangan ulangi peristiwa ini. Baik dengan cikgu atau cikgu-cikgu yang lain. Sebenarnya cikgu-cikgu di sini bukanlah mengharapkan pujian dan hadiah yang berbondong-bondong dari kamu, tapi cukuplah jika kamu menghormati dan menghargai pengorbanannya melalui sikap yang kamu tunjukkan.